Monday, September 19, 2011


Lopes Pulut

Alhamdulillah ari ni sempurna puasa sunat akak, tak tau nak masak apa…tetiba teringat masih ada beras pulut dalam stok dapur..ohh dalam ati teringin nak makan lopeslah..Akak wat ikut cara arwah nenek..Lopes nyer padat dan kenyal….

Bahan-bahan:
1 cawan beras pulut - basuh dan rendam dalam 2 jam dan toskan
Pewarna hijau
Daun pisang secukup nyer
Daun pandan
Lidi pencucuk(Bamboo Toothpick) secukupnya
Kelapa parut di campur sedikit garam

Air Gula
1 cawan gula pasir
1 ketul gula melaka (sederhana besar)
Daun pandan
garam
Air

Cara-cara 
  1. Basuh beras pulut dan rendam dengan pewarna hijau selama 30 minit.
  2. Panaskan periuk yang berisi air dan daun pandan.
  3. Ambil sehelai daun pisang berukuran 5 inci lebar, buat kelongsong berbentuk segi tiga.
  4. Masukkan beras pulut dan dilipat tiga segi kemudian di cucuk dengan lidi, buat hingga habis
  5. Bila air sudah mendidih masukkan beras pulut yang telah di bungkus tadi, rebus selama 2 jam.
  6. Bila pulut sudah masak keluarkan dari daun pisang dan digaul dengan kelapa parut tadi
  7. Untuk air gula, masukkan semua bahan dan masak hingga sederhana pekat.
  8. Boleh dihidang. Sesuai untuk minum petang.

Sunday, September 18, 2011

ROTI LAPIS BERDAGING
Akak ambik resepi ni dr ummi(home sweet home)..Wat tuk makan malam tadi, malas nak makan nasi......kenyang sekaliikkk!! tima kasih ummi... 

Bahan:- (6 - 8 orang)
3 biji kentang dipotong dadu
500 gm daging cincang
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu besar serbuk kari (*ummi letak 2 sudu besar)
3 sudu besar minyak untuk menumis
12 - 14 keping roti putih
500 ml susu segar
3 biji telor
garam secukup rasa
parutan cheese (*ummi letak mozarella cheese)
marjerin untuk melenser loyang

Cara -cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga layu dan naik bau. Masukkan serbuk kari, kacau sebentar.
  2. Masukkan daging cincang dan kentang. Masak hingga daging agak kering dan masukkan garam. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan. S
  3. Sementara itu, satukan telor, susu dan secubit garam. Pukul hingga sebati.
  4. Celupkan kesemua roti tadi dalam adunan susu. Ramas-ramaskan kesemua roti hingga hancur dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  5. Lenserkan margerin pada bekas tahan panas (*ummi guna loyang bulat 8 inci - agak penuh, elok guna yang besar sikit lagi).
  6. Masukkan 1/3 bahagian roti tadi, ratakan. Kemudian masukkan 1/2 inti daging tadi, ratakan.
  7. Kemudian masukkan lagi bahagian roti hancur tadi. Ratakan dan masukkan baki inti daging tadi dan ratakan jugak.
  8. Akhir sekali tutup dengan baki akhir 1/3 roti. Taburkan parutan cheese.
  9. Bakar dengan api sederhana (*ummi set 160C) selama 30 - 45 minit/hingga lidi yang dicucuk tidak melekat.


BUBUR CHACHA CANDIL WARNA WARNI

Bahan Untuk Candil :-
  • 1 1/3 cawan tepung pulut
  • sedikit garam dan gula
  • air secukupnya
  • beberapa titis pewarna merah, hijau dan kuning
Cara Membuat Candil:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air dan pewarna ke dalam mangkuk.
  2. Satukan bahan kering dan masukkan air sedikit dan gaul biar jadi doh dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Bahagikan doh kepada 3 dan letakkan pewarna setiap satu bahagian.
  4. Ambil secubit warna kuning + merah dan gentel membujur sikit. Letakkan di dalam bekas/pinggan. (Cantumkan candil mengikut warna2 kegemaran jadi 2 warna pada setiap biji. - samada hijau + merah, hijau + kuning dan kuning + merah). Buat hingga siap dan ketepikan dulu.
Bahan Bubur Chaca :-
  • 1/3 cawan bubur chaca kering - direbus dengan air hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 3/4 gula pasir / secukup rasa
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • secubit garam
Cara Memasak:-
  1. Masukkan santan cair dan gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak biar mendidih.
  2. Bila telah mendidih, masukkan candil warna-warni tadi dan masak dengan api sederhana perlahan hingga candil timbul (seperti kuih buah melaka).
  3. Masukkan chaca yang telah direbus tadi, kacau sebentar dan masukkan pula santan pekat.
  4. Masukkan secubit (1/4 sudu teh) garam. Kacau2 santan sebentar sahaja hingga nampak naik wap (jangan sampai santan pecah minyak). Tutup api dan kacau2 sebentar.
# (Petua - jangan terus tinggalkan bubur tadi setelah ditutup api, kacau2 lagi seminit dua agar santan tidak berkepala jika dibiarkan.)

Assalam Walaikom...resepi ni akak wat tempo ari, cuba dari dapur ummizaihadi, tima kasih ummi atas resepi ni..akak C & p resepi yer...

TRIANGLE TUNA PARATHA PUFF
Resepi: ummizaihadi

Bahan:- (16 biji)
  • 8 keping roti paratha (jenama Kawan)
  • 1 1/2 tin Tuna (Ayam brand)
  • 2 labu bawang besar - didadu
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 2 sudu besar cili sos - nak pedas leh tambah
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak utk menumis
  • 1 biji kuning telor - untuk sapuan
Cara Membuat:-
  1. Panaskan minyak dalam pan, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar, sos dan serbuk lada sulah.
  3. Masukkan tuna dan gaul rata-rata biar sebati.
  4. Masukkan jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan toskan minyaknya...biar sejuk sebentar.
  5. Ambil sekeping paratha puff yang telah dikeluarkan lebih kurang 15 minit dr fridge agar lembut sedikit.
  6. Belah dua bahagian, letakkan 1 1/2 sudu besar inti dan lipat 3 paratha puff.
  7. Tekan bahagian bawah dan tepi puff dengan garfu kecil agar tertutup rapat.
  8. Kelarkan kepada 3 cabang seperti gambar puff di atas dan alihkan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas. Buat hingga habis.
  9. Sapukan dengan kuning telor dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 180 C selama 12 minit atau kuning keemasan. Keluarkan dan sejukkan di atas jaringan.

Saturday, September 17, 2011


Puding Roti Karamel

Puding pun dah licin.....resepi ni akak salin dari ummizaihadi ..sedap:-) lain kali leh wat lagi..
tima kasih ummi....resepi nyer akak c & p yer...

PUDING ROTI KARAMEL
Sumber : Mat Gebu , Hana Memories & ummizaihadi

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 camca besar gula pasir
  • 1 camca besar air
  • 3 biji telur gred A @ 4 biji telur gred B
  • 4 keping roti sandwich (mat guna gardenia)
  • 1 cawan susu sejat "IDEAL"
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Secubit garam (yang ni mat tambah sendiri)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih.
  2. Masak gula pasir tadi hingga menjadi karamel. Berhati2 tuang 1 camca besar air, kacau hingga larut bersama karamel tadi dan tuang dalam tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.
  3. Roti dicarik2 kecil, kisar bersama susu pekat manis, susu sejat dan air suam hingga halus. Tuang dalam satu bekas.
  4. Telur dipecahkan dalam bekas lain, kacau perlahan dengan garfu, tapis telur tadi dan tuang dalam roti kisar bersama esen vanilla dan secubit garam, kacau perlahan dengan senduk hingga rata.
  5. Tuang dalam tin tadi dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit. Kemudian keluarkan dan biar sejuk sebelum diterbalikkan. Simpan dalam peti sejuk hingga dingin. Sedap dimakan sejuk...

Kek Alunan Kasih
Resepi : Puan Mastura Yasak (Kongsi Resepi FB)
Sumber: Am-Flora/Ummi Zaihadi

Bahan:-       
      5 Biji Telur
  • 1 ½ cwn (250 gm) planta atau butter
  • 2 ½ cwn tepung gandum *
  • 1 sudu kecil baking powder (*diayak bersama)
  • 2 cwn gula halus (boleh kurangkan)
  • ½ cwn susu cair (utk separuh kek, akak letak +- 1/2 cwn jgk)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • *Serbuk koko (secukupnya)
  • *Pewarna ( citarasa masing-masing)
Cara-Cara:
  1. Pukul planta dan gula smpai kembang.
  2. Masukan telur satu persatu, pukul lagi sampai kembang
  3. Masukan *esen vanilla, susu cair, gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Bahagikan dua bahagian, campurkan pewarna pink dan satu bahagian pewarna hijau (*akak letak 3 kaler, biru, oren dan pink)
  5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukkan adunan biru, ratakan dlm loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan biru tersebut - ayak nipis-nipis jer.
  6. Kemudian masukkan adunan lapisan oren dan ratakan, ayak lagi serbuk koko dan seterusnya tuangkan lapisan pink dan ratakan perlahan-lahan. (jangan sampai serbuk koko di lapisan-lapisan tadi terangkat).
  7. Bakar lebih kurang 45min. pada suhu 160 Degree ikut oven masing-masing (untuk separuh adunan akak bakar 35 minit sahaja)

Ayam Kicap Berempah Harum

AYAM KICAP BEREMPAH HARUM
Resepi: Dayang Jack(DJ)/ummizaihad

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar (*akak tambah ni)
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai (*akak guna 2 btg)
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-Cara Memasak:
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak